Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

UMT akan bekerjasama dengan UniSZA buat kajian terperinci penggabungan


Tarikh kemaskini: 21/09/2019





KUALA NERUS, 21 Sept -- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan bekerjasama dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Jabatan Pendidikan Tinggi dalam menyediakan kajian terperinci berkenaan cadangan penggabungan kedua-dua universiti itu.

Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar berkata, UMT akan melaksanakan langkah-langkah seterusnya berasaskan keputusan kabinet.

"Kita akan bergerak, bekerjasama dengan UniSZA dan Jabatan Pendidikan Tinggi  untuk menyediakan kajian terperinci dan mencadangkannya kepada kerajaan. Bagaimanapun, saya memohon semua pihak supaya tidak lagi mempolitikkan perkara ini," katanya ketika diminta mengulas mengenai cadangan penggabungan dua universiti itu selepas hadir ke program gotong-royong membersihkan pantai di Tok Jembal di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) Dr Nagulendran Kangayatkarasu dan Karyawan Tamu UMT, Fauziah Latiff.

Nor Aieni bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai hasil pertemuannya bersama Naib Canselor UniSZA Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan yang dipanggil menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada Khamis lepas.

Pada 4 Sept lepas, Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataannya berkata kerajaan bersetuju secara prinsip dengan cadangan penggabungan UMT dan UniSZA. 

UMT, yang terletak berhampiran dengan UniSZA mempunyai kira-kira 11,000 pelajar manakala UniSZA 12,262 pelajar.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik baru-baru ini berkata penggabungan itu akan mewujudkan sinergi bagi menjadikannya sebagai pusat rujukan antarabangsa dalam bidang khusus dalam tempoh lima tahun.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel