Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perhilitan pindah keluar gajah liar dari Kampung Keruak


Tarikh kemaskini: 21/09/2019





JERTIH, 21 Sept -- Seekor gajah jantan liar seberat 2.5 tan yang berkeliaran di kawasan kebun dan ladang di Kampung Keruak, Hulu Besut di sini berjaya dipindahkan dari kampung itu dalam satu operasi oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) hari ini.

Ketua Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah Mohamad Khairul Adha Mat Amin merangkap ketua operasi itu berkata haiwan berusia 20 tahun yang berjaya ditangkap pada pukul 3 petang Selasa lepas itu, akan dibawa ke hutan Taman Negara bersempadan Terengganu dan Kelantan petang ini.

“Semasa proses memindahkan gajah itu pihak Perhilitan menggunakan khidmat dua ekor gajah denak betina yang bernama Abot dari PKGK Kuala Gandah, Temerloh, Pahang, dan Suria dari Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka, Hulu Terengganu.

"Abot dan Suria berperanan mengiringi serta mengawal gajah liar itu untuk dibawa naik ke atas lori sebelum dibawa keluar daripada Kampung Keruak,” katanya kepada pemberita di Kampung Keruak di sini hari ini.

Operasi yang melibatkan 30 anggota Perhilitan itu bermula pada 9.30 pagi dan berakhir kira-kira 12 tengah hari.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusof berkata pihaknya menerima aduan daripada penduduk kampung pada 3 Sept yang mendakwa kemunculan gajah liar di kebun dan ladang di situ telah menimbulkan ketakutan kepada penduduk untuk menjalankan kerja harian mereka.

“Walaupun kami telah menghalau gajah itu sebelum ini, ia tidak lari ke hutan dan sebab itu pihak Perhilitan kemudiannya mengambil tindakan menangkap haiwan berkenaan,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel