Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Taiwan, Malaysia kongsi strategi lawan tiga kanser utama


Tarikh kemaskini: 21/09/2019




GEORGE TOWN, 21 Sept -- Pusat perubatan terbesar di Taiwan, Hospital Chang Gung Memorial (CGMH), berkongsi strategi bersama pakar perubatan di Malaysia bagi melawan tiga kanser utama menerusi Persidangan Antarabangsa Rawatan Kanser Bersepadu.

Naib Dekan Hospital Chiayi CGMH, Prof Lu Sheng Man berkata tiga kanser utama iaitu paru-paru, otak dan hati dilihat begitu sinonim menimpa pesakit secara amnya.

"Pertukaran maklumat dan pengalaman oleh pakar perubatan profesional di antara CGMH dan pakar perubatan di Malaysia ini diharap dapat meningkatkan kerjasama antarabangsa.

"Di samping itu, ia juga dapat dijadikan satu platform terbaik dalam bidang perubatan untuk merawat pesakit seterusnya mencegah ketiga-tiga kanser utama tersebut," katanya pada sesi soal jawab bersama pemberita selepas persidangan itu, di sini hari ini.

Menurutnya, persidangan yang berlangsung selama satu hari itu adalah berlandaskan polisi 'Satu Negara, Satu Pusat' di bawah Dasar Baharu Pandang Ke Selatan oleh Taiwan.

Lu berkata persidangan itu turut membincangkan rawatan terbaharu menggunakan terapi proton yang merupakan satu teknik digunakan pakar perubatan untuk melawan tiga kanser tersebut.

"Pertukaran idea di antara Taiwan dan Malaysia diharap dapat menjalin persefahaman dua hala secara mendalam bagi tujuan memberikan rawatan yang terbaik kepada pesakit," katanya.

Kira-kira 100 peserta mengikuti persidangan tersebut yang melibatkan golongan pakar perubatan profesional dari kedua-dua buah negara, ahli akademik, alumni dari Taiwan dan orang awam.

Persidangan tersebut turut mendapat kerjasama dari Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Negeri Taiwan serta dua buah institusi perubatan di Pulau Pinang, Hospital Lam Wah Ee dan Hospital Island. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     

Ibu negara Indonesia di Kalimantan: Sarawak, Sabah terima tempias positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel