Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

39 percubaan pecah rekod di edisi kedua program MBR Live!


Tarikh kemaskini: 20/09/2019




GEORGE TOWN, 20 Sept -- Edisi kedua program Malaysia Book of Records (MBR) Live! selama tiga hari dengan tema “Extraordinary Malaysia” di sebuah kompleks membeli belah ternama di sini, bermula hari ini.

Edisi kali ini akan menampilkan 39 percubaan untuk memecahkan rekod, di samping sembilan cubaan catatan rekod baharu yang terbuka kepada orang ramai.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow yang merasmikan program hari ini berkata ia sememangnya satu program yang amat menyeronokkan dan sangat dinanti-nantikan orang ramai.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif MBR Christopher Wong berkata program itu disasar memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia berusaha sedaya upaya bagi mencipta nama untuk mencapai satu kejayaan.

Katanya edisi sulung MBR Live! Roadshow berlangsung di Kuala Lumpur September lepas, manakala edisi ketiga dijadulkan di Johor Bahru tahun depan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel