Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan Pulau Pinang bentang belanjawan defisit untuk 2020, kata Chow


Tarikh kemaskini: 20/09/2019





BUKIT MERTAJAM, 20 Sept -- Kerajaan Pulau Pinang akan membentangkan belanjawan defisit untuk tahun depan, yang dijangka lebih rendah berbanding belanjawan 2018 dan belanjawan 2019, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow hari ini.

Beliau berkata butiran Belanjawan negeri 2020 negeri sedang disediakan selepas dibentangkan kepada ahli majlis majlis mesyuarat kerajaan negeri sebelum ia boleh dibentangkan secara rasmi semasa sidang Dewan Undangan Negeri pada 1 Nov.

"Pulau Pinang akan terus membentangkan belanjawan defisit tahun depan dan berharap dapat mengurangkan perbelanjaan dengan pengurangan anggaran pembangunan bagi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP)," katanya pada sidang media di sini .

Beliau berkata pengurangan perbelanjaan akan diperoleh menerusi penerbitan pinjaman pembangunan kepada PDC dan PBAPP.

"Pengurangan dalam belanjawan (untuk tahun depan) tidak akan menjejaskan (pelaksanaan) program sosial di negeri ini," katanya.

Chow berkata hasil negeri yang diunjurkan tahun depan dijangka hampir kepada angka tahun ini sebanyak RM505.5 juta, kecuali sumber pendapatan yang baharu diterokai.

"Hasil negeri dijangka sama seperti tahun ini. Kami tidak mempunyai sumber pendapatan yang baharu dan ia perlu diterokai," katanya.

Terdahulu, Ketua Menteri merasmikan kilang Scandinavian Industrialised Building Systems (SIBS) yang kedua di Bukit Minyak, dekat sini.

Menurutnya, Pulau Pinang sentiasa mengalu-alukan pelaburan dari syarikat-syarikat Eropah dan kerajaan negeri sentiasa memberi penekanan kepada pembangunan infrastruktur yang berterusan untuk memenuhi keperluan pelabur.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel