P9PhzFUh5h0 Jerebu tidak jejas persiapan skuad perahu layar negara hadapi Sukan SEA
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jerebu tidak jejas persiapan skuad perahu layar negara hadapi Sukan SEA


Tarikh kemaskini: 20/09/2019





LANGKAWI, 20 Sept -- Keadaan jerebu di sekitar pulau ini tidak menjejaskan persiapan skuad perahu layar negara menjalani latihan intensif di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan di sini, sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA Filipina, November depan.

Sesi latihan itu turut melibatkan dua pelayar elit negara Khairulnizam Mohd Afendy Abdullah dan Nur Shazrin Mohd Latif yang sudah layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, masing-masing dalam acara laser standard dan laser radial.

Penolong pengurus Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Muhammad Rezaki Shoib berkata pihaknya sentiasa memantau keadaan jerebu dari semasa ke semasa berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi memastikan kesihatan 45 pelayar negara yang menjalani latihan di pusat itu tidak terjejas.

"Kita memang sudah keluarkan memo kepada jurulatih dan atlet untuk pantau keadaan jerebu dari semasa ke semasa, kalau perlu tukar latihan dan tidak turun ke laut tidak ada masalah, paling penting ketika ini kesihatan atlet.

"Namun sejak jerebu mula melanda negara, latihan tetap diadakan hasil penilaian bacaan IPU dan keadaan lokasi latihan. Setakat ini keadaan kesihatan semua atlet baik," katanya ketika ditemui Bernama di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, hari ini.

Langkawi mencatat bacaan IPU pada tahap sederhana iaitu 83 setakat 4 petang ini.

Tinjauan Bernama di pusat latihan tersebut petang ini mendapati atlet negara tetap turun menjalani latihan.

"Latihan berjalan seperti biasa, cuma apabila keadaan jerebu tidak berapa baik misalnya semalam ada bau asap yang kuat, kami semua tidak teruskan latihan," kata Khairulnizam.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel