Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kapal perang JS Asagiri berlabuh di Pelabuhan Kuantan


Tarikh kemaskini: 20/09/2019




KUANTAN, 20 Sept -- Kapal perang Japan Maritime Self Defense Force (JMSDF) dari Jepun, JS Asagiri (DD-151) berlabuh di Pelabuhan Kuantan di sini sempena lawatan muhibah tiga harinya ke Malaysia yang bermula Rabu lepas.

Pegawai Memerintah kapal itu Komander Yuichi Haeno berkta mereka juga mengadakan mesyuarat dengan pasukan Teltera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sepanjang lawatan di sini.

"Kami telah merancang untuk mengadakan program latihan bersama dengan TLDM dan perinciannya ada dibincangkan dalam mesyuarat itu. Mesyuarat itu melambangkan hubungan rapat antara dua pasukan pertahanan.

“Kami harap lawatan muhibah ini akan mengukuhkan hubungan dua hala antara Jepun dan Malaysia,” katanya kepada pemberita semasa lawatan media di atas kapal perang itu, Rabu.

Haeno berkata JS Asagiri baru sahaja menamatkan misi anti-lanun selama empat bulan di Teluk Aden Ogos lepas, dan ini merupakan kali pertama ia berlabuh di Kuantan.

"Bagaimanapun kami pernah berlabuh di Malaysia sebelum ini, semasa Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2019 (LIMA ‘19) Mac lepas,” katanya.

Haeno menjelaskan dengan berat 3,550 ton dan 137 meter panjang, JS Asagiri yang ditauliahkan pada tahun 1988 mampu membawa satu unit helikopter.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel