Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pahang bakal terima pelaburan RM1.38 bil dari China


Tarikh kemaskini: 20/09/2019




KUANTAN, 20 Sept -- Pahang bakal menerima pelaburan berjumlah RM1.38 bilion dari China menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimaterai dengan enam syarikat dari negara itu. 

Menurut kenyataan media Pejabat Setiausaha Akhbar Menteri Besar di sini hari ini, MoU itu  ditandatangani pada rombongan kerajaan negeri yang diketuai Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ke China sejak Rabu lepas. 

Antara syarikat berkenaan ialah  ND Paper (M) Bhd yang akan membina kilang di Bentong bagi pengeluaran kertas dan palpa bernilai RM522.2 juta dan pelaburan RM200 juta oleh China Travel Service Meizian Company Limited bagi mewujudkan 'Eco Tourism City' dan Bukit Tinggi. 

Pelaburan itu juga melibatkan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) di sini, menerusi TNP Power Sdn Bhd dengan nilai pelaburan RM341.74 juta bagi kilang penjanaan bersepadu tenaga dan haba serta Zhongxin Resources Regeneration Technology Sdn Bhd yang terlibat dalam pengeluaran kertas dan habuk plastik dengan nilai pelaburan RM122.48 juta. 

Manakala Wuxi Jinxie Industrial Company Limited memberi komitmen pelaburan RM100 juta bagi pembinaan turbin angin berkelajuan rendah untuk menjana tenaga di Pulau Tioman, Rompin. 

MoU itu juga melibatkan pembinaan kilang pengeluaran panel solar untuk kediaman di Kawasan Perindustrian Gebeng di sini oleh  Power China Construction Group dengan nilai pelaburan RM100 juta. 

Wan Rosdy menyatakan beliau berharap semua MoU itu dapat direalisasikan dan yakin ia akan memberi impak sosio-ekonomi yang besar kepada Kerajaan Negeri dan rakyat Pahang.

Pada kunjungannya ke China, Wab Rosdy juga melakukan kunjungan hormat kepada Gabenor Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, Chen Wu dan antara perkara yang disentuh pada pertemuan itu ialah cadangan mengadakan penerbangan terus Kuantan-Nanning yang dapat memendekkan tempoh masa perjalanan. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel