Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kemas Kelantan bimbing 500 usahawan


Tarikh kemaskini: 20/09/2019




GUA MUSANG, 20 Sept -- Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) menyasar 500 usahawan di seluruh Kelantan untuk diberi bimbingan, yang melibatkan peruntukan RM800,000 tahun ini, termasuk memberi pelbagai barangan untuk menjaya perniagaan yang mereka ceburi.

Pengarah Kemas Kelantan, Anuar Mat Zain berkata, pihaknya cukup konsisten untuk memberi bimbingan sebagai usahawan yang berjaya sebaik mereka terbabit mengambil peluang awal mengikuti pelbagai kursus yang disediakan.

Katanya, ini kerana bimbingan melalui kursus asas itu boleh memberi perubahan minda ke arah peluang peniagaan alaf baharu termasuk melalui dalam talian yang menjadi rebutan mereka masa kini kerana ramai yang berjaya hingga memberi keuntungan lebih besar

"Lebih penting setiap peniaga terbabit ada ilmu dalam dunia perniagaan kerana peluang berjaya amat besar," katanya kepada media selepas penutupan Kursus Keusahawanan Alaf 21 Tahun 2019 di KESEDAR Inn di sini, hari ini. 

Anuar berkata, pihaknya akan menganjurkan 21 kursus keusahawan alaf 21 itu tahun ini di setiap kawasan Parlimen dengan peluang 30 peserta setiap kursus itu tetapi syarat wajibnya mesti ada sijil pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 

Beliau berkata, jika terdapat ada peniaga yang gagal menunjukkan sijil daftar perniagaan itu, pihaknya akan membantu mendaftarkan secara percuma sebelum melayakkan mereka menyertai kursus yang diadakan kerana matlamatnya untuk membimbing mereka. 

"Apabila mereka menyertai kursus itu dan selepas tamat akan mendapat bantuan segera pelbagai barangan untuk perniagaan bernilai antara RM2,000 hingga RM3,000 serta diberi latihan seterusnya hingga berjaya," katanya. 

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel