Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bas bawa pelajar sekolah terbabas, 42 murid selamat


Tarikh kemaskini: 20/09/2019





TANAH MERAH, 20 Sept -- Sebuah bas yang membawa 42 murid dan guru Sekolah Kebangsaan Mentuan, Kubang Kerian, Kota Bharu, terbabas ke dalam longkang di Kampung Bechah Laut di Tanah Merah, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Suzaimi Mohamad berkata dalam kejadian pada 10 malam itu, bas yang disewa khas itu dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Pulau Langkawi.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, bas dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke longkang di kiri jalan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Suzaimi berkata tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

"Selepas kejadian itu, semua penumpang menaiki bas lain untuk meneruskan perjalanan," katanya. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel