Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dusun Warisan 'syurga' pencinta buah-buahan tempatan


Tarikh kemaskini: 20/09/2019




PERMAISURI, 20 Sept — Dusun Warisan di Kampung Pelong di sini mempu menjadi 'syurga' kepada pencinta buah-buahan tempatan. 

Dengan keluasan 20 ekar, dusun yang dimiliki Datuk Mamat Ghazali Abdul Rahman memberi peluang kepada pengunjung merasai pelbagai jenis buah-buahan termasuk durian yang berkualiti tinggi.

“Lebih istimewa dusun ini tidak mempunyai pacat, mungkin kerana ia dijaga dengan baik dan bersih. Pengunjung boleh memanjat pokok sendiri jika mahu merasai pengalaman sepertimana orang kampung,” katanya ketika ditemui pemberita di Dusun Warisan.

Selain durian, buah duku, manggis, cempedak dan langsat juga ada di dusun tersebut, malah bagi peminat durian mereka berpeluang merasai keenakan jenis musang king, D24 dan durian hijau yang jarang-jarang ditanam di tempat lain.

Menurut Mamat Ghazali, beliau dan keluarga telah mengusahakan dusun itu sejak 35 tahun lalu tetapi baru tahun ini dibuka kepada orang ramai.

Sebelum ini durian dan buah-buahan dijual kepada peraih tetapi melihatkan potensi agro pelancongan beliau membuat pakej tertentu serendah RM50 untuk orang ramai masuk ke situ dan makan sehingga kenyang.

Pada masa akan datang beliau merancang membuka kawasan yang turut mempunyai alur sungai itu kepada aktiviti perkhemahan.
— BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel