Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua geng pecah rumah di Machang tumpas


Tarikh kemaskini: 19/09/2019





MACHANG, 19  Sept -- Polis Kelantan menumpaskan dua geng pecah rumah yang aktif melakukan kegiatan itu dalam dua serbuan berasingan menerusi Op Pintu.

Ketua Polis Daerah Machang DSP Ganti Jimmy berkata dua kumpulan tersebut dikenali sebagai ‘Geng Ise’ dan ‘Geng Jewey’ ditahan di Kampung Paloh Rawa dan Kampung Pangkal Changgong di sini, dan Taman Kota Harmoni, Tanah Merah.

“Ahli kumpulan Geng Ise berumur 20 hingga 30 tahun ditahan pada pukul 6.30 pagi 1 Sept lepas di Kampung Paloh Rawa di sini, dan ujian air kencing mendapati mereka positif dadah.

“Dua daripada mereka ditahan di rumah masing-masing di Paloh Rawa, Machang manakala seorang lagi di Taman Kota Harmoni, Tanah Merah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang di sini, hari ini.

Ganti berkata dua ahli Geng Jewey masing-masing berusia 20 dan 30 tahun pula ditahan di Kampung Pangkal Changgong di sini, pada pukul 4.40 pagi pada 13 Sept lepas.

Beliau berkata kesemua suspek akan direman antara empat dan tujuh hari dari tarikh ditangkap bagi membantu siasatan di bawah  Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 457  Kanun Keseksaan dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata pasukan serbuan turut merampas pelbagai barangan termasuk dua kereta, alat pendingin hawa dan televisyen yang dianggarkan bernilai RM30,000.

"Polis masih mengesan seorang lagi ahli kumpulan Geng Ise, manakala dua lagi dari Geng Juwey. Dengan tumpasnya dua kumpulan terbabit, kita dapat menyelesaikan 17 kes pecah rumah yang dilaporkan sejak awal tahun ini di sekitar jajahan ini," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     

UMT anjur majlis khas untuk graduan kehilangan ibu pada hari konvokesyen

 
     

Ahmad Zahid arah keluar RM17,953,185.21 bina bangunan Yayasan Akalbudi - saksi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel