Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jerebu di tahap sederhana di Kelantan


Tarikh kemaskini: 19/09/2019





KOTA BHARU, 19 Sept (Bernama) -- Keadaan jerebu di Kelantan tidak banyak berubah apabila dua stesen masing-masing di Kota Bharu dan Tanah Merah mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana sehingga jam 12 tengah hari ini.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan Hamzah Mohamad berkata hujan serta ribut petir di beberapa kawasan banyak membantu mengekalkan bacaan indeks udara di negeri ini pada tahap sederhana seperti semalam walaupun terdapat sedikit peningkatan.

“Bacaan IPU bagi stesen Kota Bharu ialah 85 dan Tanah Merah 81 berbanding 60 (Kota Bharu) dan 54 di Tanah Merah untuk tempoh masa sama semalam.

“Hujan serta ribut petir di beberapa kawasan banyak membantu mengekalkan bacaan indeks udara di negeri ini pada tahap sederhana seperti semalam walaupun terdapat sedikit peningkatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Hamzah berkata, udara di Kelantan masih berada dalam kualiti yang baik dan selamat dan pihaknya sentiasa membuat pemantauan berhubung trend perubahan cuaca semasa selain membuat operasi memantau pembakaran secara terbuka di seluruh negeri.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel