Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jerebu: 119 sekolah di Kulim, Bandar Baharu ditutup esok


Tarikh kemaskini: 18/09/2019





ALOR SETAR, 18 Sept (Bernama) -- Sebanyak 119 sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu (PPDKBB) akan ditutup bagi sesi persekolahan esok berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang melebihi 200.

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan penutupan itu melibatkan sebanyak 90 sekolah di Kulim dengan jumlah 49,598 murid dan 29 sekolah di Bandar Baharu dengan 7,276 murid.

“Penutupan sekolah termasuk kelas agama petang itu melibatkan jumlah keseluruhan murid yang terlibat seramai 56,874. Sebarang perubahan atau maklumat terbaru akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

JPN Kedah turut memaklumkan bahawa pihak sekolah telah diingatkan untuk mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan dan mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa.

Sehingga pukul 4 petang ini, Kulim mencatatkan bacaan IPU 211, meningkat berbanding 205 pada 3 petang tadi.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel