Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penduduk Orang Asli sekitar Pos Brooke dan Lojing terdedah bahaya tanah runtuh


Tarikh kemaskini: 18/09/2019





GUA MUSANG, 18 Sept (Bernama) -- Aktiviti menggondol bukit untuk pertanian di kawasan Lojing dan Pos Brooke, perlu dihentikan segera kerana keadaan masa kini boleh mendedahkan  penduduk Orang Asli yang tinggal berhampiran dengan bahaya tanah runtuh dan banjir lumpur. 

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim berkata, berdasarkan kajian kedudukan lebih 2,000 penduduk Orang Asli kaum Temiar yang mendiami 10 kampung berdekatan bukit yang di gondol itu semakin tidak selamat.

Katanya, mereka tidak lena tidur malam dan perlu bersiap untuk pindah bagi menyelamatkan diri bersama isteri dan anak kerana bimbang berlaku banjir lumpur setiap kali hujan lebat.

Antara kampung yang terdedah kepada bencana tanah runtuh dan banjir lumpur termasuk Kampung Brooke Lama,Jek Jok, Sang Wai, Kampung Brooke A dan B, Bahong, Hendrop, Mendrop, King Kong dan Kampung Sendrop. 

"Saya meninjau sendiri keadaan yang berlaku di kampung terbabit dan pihak berkenaan perlu menghentikan aktiviti sodok bukit bagi mengelak risiko hakisan," katanya kepada media semasa melawat hakisan di Lojing, hari ini. 

Mohd Syahbuddin berkata, masalah penggondolan dan hakisan tanah di kawasan kependudukan masyarakat peribumi itu berlaku sejak lebih tujuh tahun lalu apabila semakin banyak syarikat baharu menyodok bukit untuk buka kebun sayur. 

"Apabila hujan lebat, air dari bukit yang digondol itu mengalir dan hampir merempuh kediaman penduduk Orang Asli menyebabkan mereka sentiasa berada dalam keadaan cemas,"katanya. 

Sehubungan itu katanya, beliau akan berbincang dengan beberapa pemimpin kerajaan negeri supaya aktiviti penggondolan tanah tidak berlarutan yang boleh menjejaskan kehidupan mereka," katanya. 

Mohd Syahbuddin berkata, kerajaan tidak mampu memindahkan kaum itu di tempat baharu lebih selamat kerana memerlukan perbelanjaan besar. 

"Lagipun,  kampung sedia ada sudah  dilengkapi dengan kemudahan asas dan kediaman lebih sempurna sejak dibuka sejak lebih 20 tahun lalu dan mereka sudah biasa hidup dalam komuniti serba maju itu," katanya. 

--BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel