Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KBS minta penjelasan dakwaan stadium tidak selamat


Tarikh kemaskini: 16/09/2019





TEMERLOH, 16 Sept  -- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan meminta penjelasan daripada pihak terlibat berhubung dakwaan 13 stadium di seluruh negara tidak selamat kerana didakwa tidak mempunyai Sijil Pematuhan Kod (CCC) . 

Timbalan Menterinya, Steven Sim berkata, penjelasan dan maklumat terperinci perlu diperoleh sebelum kementerian mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah tersebut. 

"Kita perlu lihat dahulu perkara ini dengan pengurusan stadium yang terlibat dan juga bersama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tentang apa yang berlaku," katanya ringkas kepada pemberita di sini, hari ini. 

Sim ditemui selepas merasmikan penutupan Kejuaraan Silat Terbuka Cekak Harimau Malaysia 2019 di Dewan Tun Razak di sini melibatkan 601 pesilat daripada 44 pasukan dalam dan luar negara. 

Sebuah media tempatan hari ini, melaporkan 13 stadium di seluruh negara tidak selamat kerana tidak mempunyai CCC atau juga dikenali sebagai Sijil Layak Menduduki (CF) yang berisiko mengundang bahaya.

Laporan itu memetik Ketua Seksyen Perakuan Keselamatan Bangunan, Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM, Datuk Zamri Che Din sebagai berkata perkara itu disebabkan binaannya sudah menjangkau 20 tahun, menyebabkan ia tidak mematuhi ciri keselamatan berkaitan CCC.  

Zamri berkata CCC penting bagi memastikan bangunan itu mempunyai ciri keselamatan optimum membabitkan pendakwaian, laluan keselamatan dan pencegahan awal kebakaran.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel