Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis perlu maklumat untuk bantu cegah jenayah


Tarikh kemaskini: 16/09/2019





TAIPING, 16 Sept  -- Polis memerlukan kerjasama masyarakat termasuk golongan muda antaranya menerusi penyaluran maklumat dalam usaha mencegah jenayah menerusi penyaluran.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Osman Mamat berkata terdapat segelintir golongan muda tidak memahami tugas polis dan disebabkan itu mereka bersikap dingin terhadap tanggungjawab serta peranan sebenar polis.

“Sebab itu, kita giatkan program pencegahan jenayah agar anak muda faham akan tugas polis untuk membantu masyarakat,” katanya kepada media selepas melepaskan peserta konvoi Pencegahan Jenayah sempena sambutan Hari Malaysia di Dataran Kedamaian Taman Tasik di sini, hari ini.

Konvoi itu disertai 2,000 peserta anjuran Polis Diraja Malaysia, Pertubuhan Amal Kebajikan dan Perpaduan Masyarakat (Padu) serta Pertubuhan Bukan Kerajaan bermula dari Ipoh, Sungai Siput, Kuala Kangsar dan berakhir di sini.

Sepanjang konvoi sehari itu, peserta terlibat mengedarkan risalah dan mendaftar keahlian orang ramai bagi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

Mengenai VSP, Osman berkata masyarakat boleh menyalurkan maklumat mengenai jenayah melalui aplikasi itu terutama ketika meninggalkan rumah bagi membolehkan polis membuat rondaan cegah jenayah.

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel