Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tchetche akui hadapi tekanan menjelang pertemuan dengan PKNS


Tarikh kemaskini: 16/09/2019





KUALA TERENGGANU, 16 Sept -- Penyerang Terengganu FC (TFC) Kipre Tchetche mengakui pasukannya berada dalam keadaan tertekan menjelang aksi terakhir kumpulan A saingan Piala Malaysia Selasa ini.

Turun dengan misi memburu kemenangan, Tchetche berkata TFC lebih terdesak untuk mencari tiga mata bagi layak ke peringkat suku akhir berbanding PKNS FC yang sudah terkeluar daripada saingan dan turun sekadar untuk melengkapkan baki perlawanan.

Beliau berkata walaupun rekod perlawanan sebelum ini menyaksikan TFC sering mengatasi PKNS FC, ia bukan kayu pengukur bagi menentukan kemenangan menjelang pertemuan penting itu nanti. 

"Bukan mudah untuk berdepan dengan pasukan yang sudahpun terkeluar daripada persaingan kerana mereka tidak lagi tertekan dan hanya menikmati permainan. Seperti mereka tiada apa untuk menang dan tiada apa untuk kalah.

"Tetapi bagi  kami, cabarannya tidak sama kerana kami bermain dengan matlamat untuk menang supaya kami dapat melangkah ke peringkat seterusnya (suku akhir))," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di sini.

Bagaimanapun, Tchetche yang dikenali dengan gelaran 'Drogba Ganu' itu berkata beliau yakin pasukannya mampu mengatasi tekanan tersebut seterusnya layak ke peringkat suku akhir bersama pasukan Kedah yang sudah pun mengesahkan tempat selepas menewaskan skuad Penyu 3-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini Jumaat lepas.

Menurut beliau pertemuan dengan PKNS FC itu nanti bakal menjadi perlawanan psikologi berbanding fizikal yang menuntut agar  pasukannya lebih bersedia dari segi mental.

"Di atas kertas, peluang kami masih terbuka sebab lawan kami,  Negeri Sembilan perlu menjaringkan sekurang-kurangnya tujuh gol menentang Kedah.

"Kami tidak mahu memberi tumpuan kepada pasukan lain, sebaliknya berusaha memberi yang terbaik untuk menang dan melangkah ke suku akhir," katanya yang sudah dua musim beraksi bersama skuad Penyu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel