Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM Kelantan tahan 2 bot, 33 nelayan Vietnam


Tarikh kemaskini: 15/09/2019





PASIR PUTEH, 15 Sep -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan  menahan dua bot  dan 33 nelayan Vietnam  secara berasingan di atas  kesalahan menangkap ikan di perairan negara,  Jumaat lepas.

Pemangku  Pengarah APMM  Kelantan, Komander Maritim Ismail Hamzah berkata,  penahanan bot  pertama  yang dikendalikan 18 awak-awak dan tekong pada jarak 100  batu nautika  dari Muara Tok Bali pukul  7.22 pagi.

“Bot  kedua pula  yang mengandungi  15 awak-awak termasuk tekong,  ditahan pada jarak 99 batu nautika  dari Muara Tok Bali,  pukul  4.37 petang, “ katanya pada sidang media di Ibu Pejabat APMM Tok Bali di sini, hari ini.

 Beliau berkata, mereka yang berumur antara 20 hingga 60 tahun ditahan  oleh Kapal Maritim Jujur (KM Jujur ) yang diketuai Pegawai  Pemerintah, Left Komander Maritim, Tan Ah Bik ketika membuat rondaan di bawah Op Naga Barat dan Op Damai.  

 Katanya, mereka telah membuat penyamaran terhadap bot-bot berkenaan sebagai bot nelayan tempatan dengan menggunakan nombor pendaftaran palsu bagi mengaburi pemeriksaan pihak berkuasa tempatan.

Ismail  berkata, nilai rampasan  aset kedua-dua bot berkenaan termasuk 500 kilogram ikan  baja dianggarkan berjumlah RM1.5 juta.

Beliau berkata,  kes berkenaan disiasat  di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Perikanan 1985  yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000  bagi awak-awak dan RM1 juta  bagi tekong  atau penjara tidak melebihi dua tahun sekiranya gagal membayar  denda.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel