Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bomba selamatkan tapir jatuh longkang


Tarikh kemaskini: 15/09/2019





KUALA TERENGGANU, 15 Sept  -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu berjaya menyelamatkan seekor tapir seberat kira-kira 80 kilogram yang terjatuh ke dalam longkang di Kampung Kubang Lembek, Manir di sini malam tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Pegawai Bomba Kanan II Junaidi Mohamad berkata enam anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 11.49 malam tadi.

Beliau berkata bomba mengambil masa selama 90 minit untuk menyelamat dan membawa naik tapir itu ke darat selepas terjatuh ke dalam longkang sedalam dua meter tersebut.

“Melalui bantuan orang kampung, anggota bomba menggunakan hos untuk mengangkat tapir yang terperangkap dalam longkang itu.

“Sewaktu operasi menyelamat dijalankan pihak bomba turut menghadapi kesukaran untuk memasukkan hos ke bahagian bawah perut haiwan itu kerana pergerakan yang banyak daripada haiwan tersebut ketika berada dalam air,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Junaidi berkata selepas diselamatkan, tapir dipercayai sesat dari hutan berhampiran kampung berkenaan meluru masuk ke dalam hutan semula.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel