Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo


Tarikh kemaskini: 15/09/2019





TAWAU, 15 Sept  -- Peniaga di Tamu Ahad Sabindo (TAS), di sini melahirkan kerisauan dengan keadaan jerebu di kawasan itu dan berharap fenomena itu segera berakhir.

Seorang peniaga buah-buahan dan sayur-sayuran yang mahu dikenali sebagai Rakmah, 44, berkata keadaan jerebu menyebabkan pengunjung tamu hujung minggu itu semakin berkurangan. 

"Pengunjung pun kurang, secara tidak langsung pendapatan pun kurang bukan untuk saya saja tetapi juga peniaga lain," katanya ketika ditemui Bernama, hari ini.

Seorang peniaga makanan yang hanya ingin dikenali sebagai Abdul Nassir, 50, turut berharap keadaan jerebu itu segera pulih memandangkan ia bukan sahaja mengganggu kesihatan tetapi turut menjejaskan jualan.

"Sejak tamu ini pindah (sebelum di Jalan Takada), ke Sabindo, setiap Ahad dari pagi sampai petang pengunjung penuh, tapi hari ini kedatangan pengunjung hambar, mungkin cuaca buruk, orang ramai tidak keluar rumah," katanya.

TAS yang beroperasi pada setiap Ahad menempatkan lebih 700 gerai jualan yang menjadi tarikan di bandar Tawau.

Portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Tawau setakat 4 petang ini  meningkat kepada 123 berbanding 105 pada 10 pagi tadi.

Sementara itu, kualiti udara di kawasan lain di Sabah pada tahap sederhana dengan bacaan IPU di Kota Kinabalu adalah 79, Keningau (85), Kimanis (87), Labuan (94) dan Sandakan (94).

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel