Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lebih 34,000 rakyat Kelantan daftar e-Kasih layak terima skim insentif


Tarikh kemaskini: 15/09/2019





BACHOK, 15 Sept -- Seramai 34,196 rakyat Kelantan daripada pelbagai lapisan masyarakat terutama petani, penoreh getah dan nelayan yang berdaftar dengan e-Kasih layak menerima pelbagai skim  bantuan yang diperkenalkan kerajaan Persekutuan.

Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan  Dick Khuzariry Mohamad berkata  daripada jumlah itu, Kota Bharu  merupakan jajahan paling ramai yang berdaftar  iaitu 7,846 orang.

Beliau ditemui Bernama pada Program Merdeka Komuniti Taklimat Eksklusif  Insentif kerajaan  & Terima Kasih Kerajaan Peringkat Jajahan Bachok di Universiti  Malaysia Kelantan di sini, hari ini.

Ketua Jajahan Bachok, Hazmi Abdul Hamid  melakukan upacara penutupan yang turut dihadiri Pengarah  Penerangan Kelantan, Lim Ann Teck dan hampir 200 ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)  jajahan Bachok.

Sementara itu, Lim berkata  pihaknya percaya masih ramai  penduduk Kelantan terutama  di kawasan pedalaman yang  tidak berdaftar disebabkan pelbagai masalah dan kekangan yang  terpaksa mereka hadapi, termasuk  kurang kefahaman dan kos pengangkutan selain  tidak mendapat penjelasan lanjut tentang faedah bantuan itu kepada mereka.

Beliau berkata  pihaknya bercadang  ‘turun padang’  untuk memberi penjelasan kepada akar umbi dengan kerjasama ketua jajahan, anggota MPKK dan  agensi yang terbabit dalam tempoh terdekat.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel