Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua pekerja pembersihan maut terkena kejutan elektrik


Tarikh kemaskini: 15/09/2019





KUALA KRAI, 15 Sept  -- Dua lelaki ditemukan maut selepas dipercayai terkena kejutan elektrik di tempat mereka bekerja di Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) Kampung Stong, Kemubu di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai DSP Wan Fauzi Wan Ishak berkata mangsa yang masing-masing berusia 27 dan 50 tahun, berasal dari Kampung Kemubu, di sini dan Bunut Payung, Kota Bharu.

"Kedua-dua mayat terbabit ditemui pada pukul 6.15 petang semalam oleh orang awam.

Hasil siasatan awal kedua-kedua mangsa meninggal dunia dipercayai terkena kejutan elektrik di kompleks itu selepas dipercayai melakukan kerja-kerja pembersihan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini,  hari ini.

Katanya kedua-kedua mayat dihantarkan ke hospital untuk tindakan lanjut sebelum dituntut oleh keluarga.

Polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel