Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dilabel transit dadah, polis Kelantan tidak beri ruang kepada penjenayah


Tarikh kemaskini: 15/09/2019





KOTA BHARU, 15 Sept -- Kejayaan besar polis dalam melakukan rampasan pelbagai jenis dadah di negeri ini dengan nilai yang tinggi menyebabkan ada pihak melabelkan Kelantan sebagai lokasi ‘transit’ pengedaran dadah.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata walaupun dilabel sedemikian, kejayaan yang diraih polis membuktikan pasukan itu tidak pernah membiarkan kes dadah di negeri ini berleluasa, malah akan terus memerangi dadah.

“Kita tetap komited dengan tanggungjawab yang diberikan malah, tangkapan dan rampasan yang tinggi menyebabkan ada pihak melabelkan Kelantan sebagai transit pengedaran dadah.

"Dalam menjalankan tugasan, polis biasanya akan segera bertindak sebaik menerima maklumat kerana percaya selalunya dadah ada kaitan dengan kegiatan jenayah dan memiliki senjata api," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Hasanuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat baru-baru ini yang memaklumkan Kelantan sebagai lokasi transit untuk bekalan dadah terutama pil kuda sebelum dihantar ke negeri lain.

Difahamkan, Kelantan menjadi laluan dan pintu masuk penyeludupan dadah dari negara jiran menyebabkan negeri ini menyumbang kepada rampasan terbesar bahan terlarang terbabit.

Menurut Hasanuddin, sekiranya ada pihak yang mahu melabelkan Kelantan sebagai transit dadah, perkara itu terpulang kepada individu berkenaan namun polis tidak akan memberi peluang kepada apa sahaja kegiatan berkaitan dadah.

"Apa yang penting kerjasama daripada orang ramai kerana yakin setiap maklumat yang disalurkan amat bermanfaat dalam memerangi dadah," katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel