Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Macau Scam: Guru wanita rugi RM120,000


Tarikh kemaskini: 15/09/2019





KUANTAN, 15 Sept  -- Seorang guru wanita mendakwa kerugian RM120,000 selepas diperdayakan sindiket Macau scam yang mendakwa dirinya terlibat dengan siasatan kes dadah dan pengubahan wang haram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 50 tahun mendakwa menerima panggilan telefon daripada lelaki mendakwa wakil Mahkamah Kuala Terengganu, Terengganu pada 9.30 pagi Khamis lepas.

Suspek didakwa telah memberitahu mangsa mempunyai tunggakan hutang kad kredit sebanyak RM13,600.10 sebelum talian dikatakan disambung kepada polis.

“Pengadu mendakwa dirinya panik apabila dimaklumkan terlibat pula dengan kegiatan dadah dan wang di dalam akaunnya akan dibekukan sehingga tamat siasatan. 

“Mangsa mendakwa diarahkan untuk memindahkan wang ke dalam akaun yang diberikan suspek kerana bimbang simpanannya hilang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata mangsa telah membuat pengeluaran wang di bandar berhampiran tempat dia mengajar di Muadzam Shah, Rompin dekat sini dan memasukkan wang itu ke dalam akaun diberikan suspek pada hari yang sama.

Bagaimanapun, setelah beberapa hari, mangsa berasa dirinya telah ditipu menyebabkan dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebat dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel