Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MOA rancang tambah kawasan penanaman kopi di bawah RMK-12


Tarikh kemaskini: 13/09/2019





TENOM, 13 Sept -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) merancang menambah lagi kawasan penanaman kopi di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Ketua Setiausaha MOA Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan berkata usaha itu bagi memperkukuhkan industri kopi, selain mengurangkan pengimportan dari negara luar.

"Kalau boleh kita proses untuk mendapatkan produk sendiri, lebih baik kepada negara untuk meningkatkan keupayaan dari segi keseimbangan perdagangan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan bersama pengusaha kopi sempena program "sixteen walkabout" di Sabah, di sini hari ini.

Beliau berkata negara hanya mempunyai keluasan sebanyak 3,200 hektar kawasan penanaman kopi dan bergantung kepada import benih kopi sebanyak RM1.5bilion setahun, dari negara luar.

Justeru, bagi menarik lebih ramai pengusaha kopi, kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM15,000 sehektar bagi tanaman baru kopi, meliputi penyediaan tanah, pembelian racun dan baja.

Mohd Sallehhuddin berkata untuk menambahbaik ladang kopi sedia ada, kerajaan turut menyediakan peruntukan sebanyak RM7,500, bagi menggalakkan petani meneruskan penanaman kopi.

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan agar pengusaha tanaman kopi di Sabah agar memperkenalkan kopi berasaskan organik.

Beliau berkata kopi berasaskan organik itu yang menggunakan baja dan racun organik, boleh dijual dengan harga lebih premium.

"Walaupun ia robusta tetapi dikenali sebagai kopi premium organik dan kita berharap dengan kerjasama daripada pengusaha dan petani, kerajaan bersedia memberi peruntukan dan latihan," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel