Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Satu blok bangunan SK Tanaki, Papar musnah dalam kebakaran


Tarikh kemaskini: 13/09/2019





KOTA KINABALU, 13 Sept -- Satu blok bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Tanaki, Papar yang menempatkan pejabat pentadbiran, bilik guru termasuk bilik teknologi maklumat dan bilik pemulihan di sini musnah dalam kebakaran petang tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 2.26 petang dan dua jentera dengan 10 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan blok bangunan sekolah, jenis tidak kekal dengan keluasan 30 x 80 kaki. Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran 200 kaki dan dua pancutan sumber air dari tangki jentera,” menurut kenyataan itu.

Kebakaran itu dapat dikawal pada 3.06 petang dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.50 petang tanpa melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel