Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sabah ambil langkah berjaga-jaga penyakit African Swine Fever


Tarikh kemaskini: 13/09/2019





KOTA KINABALU, 13 Sept -- Sabah mengambil langkah berjaga-jaga terhadap penyakit African Swine Fever (ASF) yang berpunca dari babi peliharaan dan babi hutan berikutan penularan penyakit itu di Filipina.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri Datuk Junz Wong berkata setakat ini Sabah masih bebas daripada penyakit ini.

Katanya penyakit ASF yang membunuh ternakan babi masih terkawal di negara ini berikutan langkah pencegahan yang diambil oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang menghalang pengimportan babi serta produk-produk daripada babi dari beberapa negara.

Katanya rakyat negeri ini diingatkan agar jangan memandang remeh perkara ini terutama kepada mereka yang cuba untuk melakukan penyeludupan daging babi atau apa saja produk yang berkaitan.

"Adalah tanggungjawab kita bersama untuk  memastikan barangan makanan seperti daging babi atau produk yang sudah diproses tidak dibawa masuk sewenang- wenangnya dari negara jiran (Filipina)” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

"Perkara ini perlu diingatkan kepada rakan-rakan mahupun keluarga kerana penyakit ini mudah berjangkit dan boleh membawa maut," katanya.

Wong berkata kementerianya menerusi Jabatan Perkhidmatan Veteriner sedang melakukan yang terbaik untuk mengetatkan kawalan bagi memastikan ASF tidak menembusi sempadan negara di negeri ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel