Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Medan selera dilanda angin kuat, pengunjung lari menyelamatkan diri


Tarikh kemaskini: 13/09/2019




SIPITANG, 13 Sept -- Suasana makan tengah hari yang tenang di Medan Selera di Esplanad di sini bertukar menjadi kelam kabut apabila secara tiba-tiba dilanda angin kuat, kira-kira jam 2.15 petang tadi.

Pengunjung yang berada di dalam medan selera itu bergegas keluar bagi menyelamatkan diri, sementara beberapa pekerja sebuah premis pula berusaha memegang besi khemah yang ditiup angin.

Keadaan itu berlaku selama kira-kira 15 minit di kawasan yang terletak di tepi laut itu, membawa angin kuat melanda bumbung medan selera itu, sehingga mengeluarkan bunyi kuat dan menerbangkan beberapa peralatan di premis itu.

Kerusi, meja makan dan alat pemanggang sate juga tumbang, menyebabkan sate yang dimasak bertaburan di lantai.

Pemilik premis Maklin Lidin, 67, berkata dia terpaksa menutup kedainya, apabila makanan yang hendak dijual, rosak, termasuk sate.

Beliau yang mengusahakan premis itu sejak 10 tahun lalu berkata tiupan angin itu, paling kuat bagi tahun ini selepas 2017, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku ketika kejadian itu.

"Apabila sudah jadi begini, semua barang makanan yang dijual rosak dan khemah juga terpaksa dibaiki," katanya yang mempunyai enam pekerja.

Maklin berkata kesemua 15 buah premis di kawasan itu, akan mengalami kejadian ribut sekurang-kurangnya tiga kali sebulan, meskipun pada tahap sederhana.

Katanya, bumbung medan selera itu juga perlu dibaiki segera selepas dilanda angin kuat dua tahun lalu, bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel