Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MOA salur RM60,000, naik taraf kafe nelayan


Tarikh kemaskini: 13/09/2019





SIPITANG, 13 Sept) -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menyalurkan peruntukan RM60,000 untuk menaik taraf kafe nelayan di Persatuan Nelayan Kawasan (PNK), Teluk Padas, di sini.

Ketua Setiausahanya Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan berkata peruntukan itu merangkumi penambahbaikan bangunan sebanyak RM40,000 dan RM20,000 lagi bagi pembelian peralatan bagi meningkatkan pendapatan PNK.

"Penambahbaikan kafe itu melibatkan pendawaian semula, pemasangan jubin lantai, tingkap, longkang serta sistem pengairan bangunan, dan pembelian peralatan cafe," katanya kepada pemberita sempena program "sixteen walkabout" di Sabah bagi mendapatkan input data pertanian untuk Rancangan Malaysia Ke-12, di sini hari ini.

Katanya penambahbaikan itu juga diharap mampu menjana ekonomi PNK, membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan memberi faedah kepada ribuan penumpang, yang menggunakan jeti disitu.

Program itu melibatkan 16 perhentian meliputi kawasan Kota Kinabalu, Papar, Sipitang, Tenom, Keningau, Nabawan, Kalabakan, Tawau dan Semporna melibatkan jarak perjalanan sejauh 834 kilometer.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel