Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM aktif SAR cari nelayan hilang


Tarikh kemaskini: 13/09/2019





LAHAD DATU, 13 Sept -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang nelayan pemegang dokumen IMM13 sejak semalam, selepas dilaporkan hilang setelah keluar memancing di Pulau Burung Rabu lepas.

APMM dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya menggerakkan sebuah bot Halilintar 5 bagi melancarkan pencarian mangsa di sektor pencarian merangkumi keluasan 60.4 batu nautika persegi perairan Pulau Burung.

"Operasi mencari mangsa Ebno Salim, 48, diketuai oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Lahad Datu Lt Madya Wan Syarafuddin Jasni Wan Badarudin.

"Agensi lain yang bersama dalam pencarian itu termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta bot nelayan tempatan," katanya.

Menurut kenyataan itu juga, APMM memandang serius terhadap sebarang kecemasan di laut dan sentiasa mengambil langkah serta inisiatif yang terbaik dalam mengurangkan kadar kehilangan nyawa di laut.

Sehubungan itu, orang awam di Lahad Datu dinasihatkan supaya segera menyalurkan maklumat berkaitan kemalangan di laut jika ada dengan menghubungi Bilik Operasi Zon Maritim Lahad Datu di talian 089-885727.

Semalam, seorang nelayan dilaporkan hilang selepas keluar memancing di Pulau Burung pada 2 petang sejak Rabu, dan turut ditemui bot pam dinaiki mangsa dalam keadaan enjin bot masih hidup.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel