Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

839 anggota polis bertugas sempena sambutan Hari Malaysia di Sarawak


Tarikh kemaskini: 13/09/2019





KUCHING, 13 Sept -- Seramai 839 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan di Stadium Perpaduan dan sekitar pusat bandar raya ini sempena sambutan Hari Malaysia, Isnin ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani berkata turut terlibat pasukan daripada Unit Tempur Ringan (LSF) dan Unit Tindakan Rusuhan Awam (PORU).

“Selain itu, dua pusat kawalan akan dibuka iaitu di Ibu Pejabat Polis Kuching dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak,” katanya.

Awang Din turut menasihatkan orang awam yang hadir menyaksikan sambutan itu supaya tidak menimbulkan sebarang kekecohan.

“Kalau kita cintakan negara kita, cintakan keamanan dan ketenteraman jangan timbulkan sebarang kekecohan yang boleh menjejaskan kelancaran program itu berlangsung,” katanya.

Sambutan Hari Malaysia yang pada mulanya dirancang berlangsung di Padang Merdeka di tengah pusat bandar ini, telah  dipindahkan ke Stadium Perpaduan susulan jerebu yang melanda negeri ini.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel