Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tinjauan mesra MoA di Sabah dapatkan input RMK12


Tarikh kemaskini: 13/09/2019




KOTA KINABALU, 13 Sept  -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) mengadakan Program "Sixteen Walkabout" (16WA) bermula hari ini hingga 16 Sept ini untuk mendapatkan maklumat dan data pertanian bagi penyediaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Kementerian itu dalam kenyataan berkata input berhubung penyediaan RMK12 itu akan diperolehi daripada golongan sasar seperti petani, penternak, nelayan serta usahawan agro.

Sebanyak 16 program akan diadakan sepanjang tinjauan mesra yang meliputi kawasan Kota Kinabalu, Papar, Sipitang, Tenom, Keningau, Nabawan, Kalabakan, Tawau dan Semporna melibatkan jarak perjalanan sejauh 834 kilometer.

Menurut kenyataan itu, program yang diketuai Ketua Setiausaha kementerian berkenaan Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan turut disertai 16 pegawai pengurusan tertinggi kementerian dan pengamal media.

Majlis penutup program itu akan diadakan pada Isnin ini sempena sambutan Hari Malaysia bersama pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) di Pangkalan Operasi Hadapan Pasukan Polis Marin, Pulau Mabul, Semporna.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel