Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Nelayan hilang ketika memancing di perairan Silam


Tarikh kemaskini: 12/09/2019





LAHAD DATU, 12 Sept -- Seorang nelayan hari ini dilaporkan hilang di laut selepas keluar memancing di kawasan perairan Silam berdekatan Pulau Burung, dekat sini, sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata Ebno Salim, 48 yang juga pemegang dokumen IMM13 dikatakan keluar memancing pada pukul 2.00 petang semalam, sebelum botnya ditemui dalam keadaan enjin masih hidup pagi tadi.

"Pada pukul 7.00 pagi tadi seorang nelayan lain terserempak dengan bot itu yang enjinnya masih hidup di Pulau Burung, namun Ebno tidak kelihatan di mana-mana. Laporan kehilangan dibuat pada pukul 12.28 tengah hari tadi di Balai Polis Daerah Lahad Datu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia kini giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Nasri berkata Ebno tinggal bersama isteri dan lapan anaknya di Kampung Silam Kem di sini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel