Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mangsa yang dibungkus dengan selimut mati kerana sesak nafas


Tarikh kemaskini: 12/09/2019





KUALA LUMPUR, 12 Sept -- Wanita yang ditemui dibunuh dan dibungkus dengan selimut tebal dalam sebuah pangsapuri di Prima Damansara, di sini, semalam dipercayai mati akibat sesak nafas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata bedah siasat yang dijalankan hari ini turut menemui kesan cedera di bahagian kepala akibat hentakan objek tumpul.

Beliau berkata bedah siasat yang dijalankan pakar patologi Pusat Perubatan Universiti Malaya juga menemui beberapa kesan lebam di bahagian jari kanan.

"Polis masih berusaha mengesan bekas suami wanita itu yang dikenali sebagai Zulkifli Joned, 40, bagi membantu siasatan kes berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama. 

Semalam, mayat seorang wanita dipercayai dibunuh ditemui dalam keadaan berbungkus dalam selimut dan diletakkan dalam timbunan bantal dalam sebuah pangsapuri di Prima Damansara di sini.

Mayat wanita yang dikenali sebagai Nor Hidayah Ahmad ditemui bapanya yang datang ke rumah itu pada kira-kira pukul 5.30 petang, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel