Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Beberapa jalan sekitar Stadium Perpaduan ditutup untuk sambutan Hari Malaysia


Tarikh kemaskini: 12/09/2019





KUCHING, 12 Sept -- Susulan perubahan venue sambutan Hari Malaysia dari Padang Merdeka di sini kepada venue baharu iaitu di Stadium Perpaduan pada Isnin ini, beberapa jalan serta lencongan di kawasan berdekatan akan ditutup seawal pukul 6.00 petang pada hari berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Awang Din Awang Gani berkata lokasi laluan yang terlibat adalah bulatan Kesuma Resort, bulatan Stadium (lencongan), Jalan Stadium dan simpang masuk ke Sarawak Shooting Range.

“Orang awam yang ingin datang menyaksikan majlis sambutan disarankan menggunakan pengangkutan awam. Jika menggunakan kenderaan pensendirian, mereka dinasihatkan untuk meletak kenderaan di tempat kenderaan khas mengikut zon,” katanya pada persidangan media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di sini, hari ini.

Beliau berkata beberapa jalan di pusat bandar juga akan ditutup bagi memberikan laluan kepada perarakan kereta berhias.

“Perarakan kereta berhias akan bermula di Dewan MBKS, dan jalan-jalan yang akan dilalui adalah Jalan Padungan, Jalan Central Timur, Jalan Tan Sri Ong Kee Hui, Jalan Taman Budaya, Jalan Badruddin, lampu isyarat RTM, Jalan Abang  Haji Openg, Jalan Barrack, Jalan Pearl, simpang UOB Bank, Jalan Main Bazaar, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Abell, bulatan Sri Aman, Jalan Padungan dan Icom Square.

“Perarakan akan berhenti di Square Tower, Kuching Waterfront pada pukul 11 malam. Penutupan di Jalan Main Bazaar dan Jalan Gambier akan bermula dari pukul 8.30 malam sehingga 11 malam,” katanya.

Orang awam dinasihatkan untuk merancangan perjalanan  masing-masing, patuhi tanda-tanda isyarat kawalan lalulintas serta arahan semasa oleh pegawai polis yang bertugas dan mereka dilarang meletakkan kenderaan di bahu-bahu jalan berdekatan Stadium Perpaduan dan Kuching Waerfront yang boleh menyebabkan kesesakan lalulintas.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel