Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Usahawan tempatan digesa tingkatkan kemahiran depani IR 4.0 - Abang Johari


Tarikh kemaskini: 12/09/2019





KUCHING, 12 Sept -- Usahawan tempatan digesa melengkapkan diri dengan kemahiran yang mencukupi untuk menyesuaikan diri dengan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata masa depan telah berganjak dan banyak bergantung kepada Artificial Intelligence (kecerdasan buatan) dan pembayaran tanpa tunai dan oleh itu mereka yang cepat menyesuaikan diri akan menikmati kejayaan.

Sebagai contoh, beliau berkata pengendali restoran mungkin memerlukan lebih daripada resipi yang dapat melarikan jualan selain menggabungkan teknologi moden untuk menjadi lebih cekap dalam dunia yang bergerak pantas.

"Inilah cara kami menjalankan restoran pada masa depan. Apa yang saya katakan sekarang ialah pada masa akan datang, teknologi ini perlu digunapakai, jika anda ingin seiring dengan teknologi, anda perlu meningkatkan kemahiran.

"Anda mesti dapat menguasai semua perubahan sama ada anda suka atau tidak," katanya ketika berucap sebelum merasmikan penutupan Worldskills Malaysia Sarawak 2019 di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak Datuk Seri Michael Manyin.

Abang Johari mengulangi komitmen kerajaan untuk menaik taraf infrastruktur digital negeri kepada teknologi 5G untuk melengkapkan keperluan IR 4.0.

“Insya-Allah, satu hari nanti kita akan dapat tauke mee jawa yang jual dalam internet, inilah skill yang anda boleh lahirkan.

“Ia boleh menjadi kenyataan dan saya pasti anak-anak kita yang ikuti Worldskills competition akan dapat naikkan skill masing-masing untuk kita mengubah teknologi Sarawak. Saya dapat memberi jaminan bahawa dengan semangat dan dedikasi, kita dapat menjadikan Sarawak sebagai negeri maju menjelang 2030," katanya.

Acara dwitahunan itu tahun ini menyaksikan 15 kategori dipertandingkan dengan tiga pemenang dipilih untuk setiap kategori.

Seorang peserta, Hermit Anak Dominic dari ILP Kota Samarahan yang bertanding dalam kategori 'Welding' menerima “Anugerah Tangan Emas - Trofi Ketua Menteri Sarawak” dan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel