Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sabah kuatkuasakan serta merta larangan pembakaran secara terbuka


Tarikh kemaskini: 12/09/2019





KOTA KINABALU, 12 Sept -- Kerajaan negeri Sabah melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menyokong penuh kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar mengenai larangan aktiviti pembakaran terbuka yang dikuatkuasakan serta merta di Sabah.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Seri Hashim Paijan berkata ia bagi mengurangkan impak jerebu yang sedang berlaku di Sabah.

"Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah akan memantau dan menguatkuasakan undang-undang larangan aktiviti pembakaran terbuka sehingga arahan baru dikeluarkan," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di enam stesen pemantauan di Sabah iaitu di Politeknik Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Kimanis, Keningau, Sandakan dan Tawau pada jam 1 tengah hari, hari ini menunjukkan berada pada tahap sederhana dan tiada titik panas dilaporkan.

Hashim yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri turut menasihatkan orang ramai untuk tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka yang boleh menjejaskan kualiti udara dan menyebabkan jerebu bertambah buruk. 

Katanya, aktiviti fizikal di luar bangunan juga perlu dikurangkan bagi mengurangkan pendedahan kepada jerebu, memakai penutup hidung dan mulut yang sesuai selain banyakkan minum air kosong serta dapatkan rawatan segera sekiranya tidak sihat.

Beliau berkata orang ramai juga boleh membuat laporan mengenai sebarang aktiviti pembakaran terbuka kepada JAS di talian 1-800-88-2727 atau 03-88891972.

Jelasnya, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah juga dinasihatkan untuk menutup semua sekolah apabila bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat. 

"JAS sentiasa memantau keadaan terkini dan sekiranya terdapat peningkatan bacaan IPU, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah melalui Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sabah akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan impak kesan jerebu," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel