Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

UniMAP cipta sejarah tersenarai dalam Times Higher Education Rankings


Tarikh kemaskini: 12/09/2019





KANGAR, 12 Sept -- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) buat pertama kali mencipta sejarah apabila tersenarai dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings 2020 dan berada pada kelompok 601-800. 

UniMAP, yang berada dalam kelompok yang sama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Malaysia (USM), merupakan antara sembilan universiti awam dalam negara yang menerima penarafan antarabangsa itu yang diumumkan pada Khamis lepas menerusi laman rasmi THE.

Naib Canselor UniMAP Prof Ir. Ts. Dr R. Badlishah Ahmad berkata dalam satu kenyataan di sini, hari ini beliau menzahirkan rasa gembira atas pencapaian yang diraih universiti itu.

Beliau turut berterima kasih kepada kedua-dua bekas Naib Canselor terdahulu, Datuk Prof Emeritus Dr Kamarudin Hussin dan Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal yang telah meletakkan UniMAP pada landasan terbaik untuk mencapai kejayaan itu melalui komitmen dan kepimpinan mereka.

“Sokongan yang berterusan daripada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Tuanku Canselor UniMAP dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Tuanku Pro Canselor UniMAP merupakan kunci kepada kejayaan UniMAP.

Menurut R Badlishah, meskipun kejayaan ini boleh dibanggakan, namun masih terdapat banyak ruang penambahbaikan yang boleh dilakukan terutamanya agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) serta sumbangan dalam pelbagai bentuk kepada masyarakat terutamanya negeri Perlis.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel