Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis siasat insiden pergaduhan penguatkuasa MBPP, peniaga di Padang Kota


Tarikh kemaskini: 12/09/2019





GEORGE TOWN, 12 Sept -- Polis sudah pun membuka tiga kertas siasatan berhubung  kekecohan yang tercetus di antara penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dengan peniaga di Padang Kota, di sini Selasa lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk T. Narenasegaran berkata siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, Seksyen 427 kanun yang sama kerana perbuatan khianat dan Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu sehingga menyebabkan kemalangan.

“Kedua-dua pihak iaitu peniaga dan MBPP sudah membuat laporan polis. Kami juga sudah kenal pasti mereka yang terlibat dan merekodkan keterangan beberapa saksi insiden itu,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran E-Bicycle dan Penugasan Strategik Unit Polis Pelancong di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di sini hari ini.

Beliau mengulas tiga video tular di laman sosial ketika ini berhubung insiden itu, di mana video pertama memaparkan cermin sebuah kenderaan saji didakwa dipecahkan petugas MBPP, manakala video kedua menunjukkan kenderaan peniaga berlanggar dengan kenderaan MBPP, video ketiga memaparkan kenderaan MBPP menghalang kenderaan saji peniaga.

Sementara itu Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam MBPP dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung insiden kekecohan ketika pihak berkuasa tempatan itu menjalankan operasi bersepadu pada pukul 9.20 malam.

Menurutnya dalam operasi yang disertai enam anggota dari Bahagian Perlesenan dan lapan dari Jabatan Penguatkuasaan MBPP di Jalan Tun Syed Shah Barakbah, terdapat peniaga kenderaan saji yang menjalankan perniagaan tanpa lesen dikeluarkan MBPP di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja 1979.

"Ketika tindakan diambil, pemilik kenderaan itu dalam usaha meloloskan diri bertindak agresif lalu merempuh lori tunda penguat kuasa MBPP secara berbahaya, selain menimbulkan ancaman terhadap anggota yang bekerja serta orang awam," katanya.

Katanya mengikut rekod MBPP, kes itu adalah kali kedua membabitkan pemandu lori yang sama selepas kali pertama pada 25 Oktober 2017.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel