Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

UniSZA dan Uni Muhammadiyah Sidoarjo tandatangani MOA laksana program pertukaran mahasiswa


Tarikh kemaskini: 12/09/2019





KUALA NERUS, 12 Sept -- Hubungan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universitas Muhammadiyah Sidoarjo memasuki lembaran baharu selepas kedua-duanya hari ini menandatangani memorandum perjanjian (MOA) bagi menjalankan program pertukaran mahasiswa.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh berkata sebagai permulaan seramai enam mahasiswa terlibat dalam program berkenaan yang telah bermula 8 Sept lalu dan jumlah itu akan ditambah dari semasa ke semasa.

"UniSZA dan UMSIDA iaitu sebuah universiti terkemuka swasta di Jawa Timur, Indonesia telah menjalin kerjasama sejak 2015 lagi tetapi baru hari ini menandatangani MOA secara rasmi.

"Antara objektif MOA ini ialah untuk menambah nilai 'soft skill' mahasiswa di kedua-dua universiti dan menambah jaringan antarabangsa seperti yang dianjurkan oleh kementerian pendidikan," katanya selepas majlis menandatangani MOA antara UniSZA dan UMSIDA di Kampus Utama UniSZA Gong Badak, hari ini.

Mohd Afandi menandatangani MOA bagi pihak UniSZA manakala UMSIDA diwakili Dekan Fakultas Agama Islam, Dr Istiqomah M.Ag.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel