Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Agong zahir rasa bimbang keadaan jerebu di Malaysia


Tarikh kemaskini: 12/09/2019





KUALA LUMPUR, 12 Sept -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa bimbang terhadap keadaan udara yang tidak sihat di beberapa tempat di Malaysia.

Al-Sultan Abdullah menasihatkan rakyat jelata supaya peka dengan tahap kualiti udara di persekitaran masing-masing dan mengambil langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan ke atas kesihatan berikutan jerebu yang menyelebungi beberapa negeri. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, Seri Paduka meminta rakyat jelata khususnya yang berpenyakit kronik untuk mengurangkan aktiviti fizikal di tempat terbuka serta menggunakan penutup hidung dan mulut yang sesuai bagi mengurangkan pendedahan kepada jerebu jika terpaksa berurusan di luar bangunan.

"Seri Paduka Baginda turut bertitah rakyat jelata banyakkan minum air (sekurang-kuranganya lapan gelas air sehari) di samping peka dengan tahap kesihatan masing-masing dan mendapatkan rawatan segera sekiranya tidak sihat.

"Seri Paduka menzahirkan harapan agar aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara, khususnya pembakaran terbuka dapat dielakkan," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah baginda menegaskan bahawa semua pihak supaya tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah atau premis mereka diceroboh masuk dan menyebabkan pembakaran terbuka dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab. 

Seri Paduka turut menyarankan supaya rakyat jelata mengikuti perkembangan semasa jerebu melalui laman-laman portal rasmi agensi-agensi kerajaan dan media arus perdana bagi mengelakkan penyebaran berita-berita palsu, menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel