Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pelantikan Prof Mohamed Ridza suntikan bertenaga buat USIM - StraComm


Tarikh kemaskini: 12/09/2019





NILAI, 12 Sept -- Pelantikan Prof Mohamed Ridza Wahiddin sebagai Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baharu memberi suntikan bertenaga kepada USIM ke arah mencapai visinya menjadi institusi pendidikan tinggi Islam terkehadapan, kata Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) USIM hari ini.

Menerusi kenyataannya di sini, StraComm berkata warga kampus termasuk pensyarah, pentadbir, persatuan kakitangan dan badan pelajar mengalu-alukan pelantikan beliau.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malek mengumumkan pelantikan itu menerusi satu kenyataan Jabatan Pendidikan Tinggi semalam.

Pelantikan itu menjadikan Prof Mohamed Ridza, seorang pakar Keselamatan Siber dan Fizik, Naib Canselor kelima USIM sejak penubuhan universiti itu pada tahun 2000. Pelantikan beliau adalah untuk tempoh tiga tahun mulai 23 Sept 2019 hingga 22 Sept 2022.

Pelantikan beliau juga berdasarkan pengalaman dan pencapaian beliau semasa memegang jawatan pentadbiran utama iaitu sebagai Timbalan Rektor (Penyelidikan dan Inovasi) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Sementara itu, warga USIM turut mengucapkan penghargaan kepada mantan Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad atas kepimpinan dan sumbangan yang diberikan beliau sepanjang memegang jawatan tersebut dalam membangun dan meningkatkan kecemerlangan USIM dalam pelbagai peringkat.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel