Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KKMM bakal perkenalkan polisi (dasar) data dan AI - Gobind


Tarikh kemaskini: 12/09/2019





KUALA LUMPUR, 12 Sept -- Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang mengkaji satu polisi (dasar) berkenaan data dan kecerdasan buatan atau (artificial intelligence) (AI) yang signifikan dalam Revolusi Industri 4.0.

Menterinya Gobind Singh Deo berkata Malaysia berpotensi menjadi pusat di rantau Asia Tenggara yang memfokuskan kepada pembinaan bakat untuk meningkatkan pengetahuan tentang AI.

“Polisi ini adalah satu perkara yang menjadi keutamaan kementerian saya. Kita  sedang mencari dan merumuskan data dan dasar AI. Dalam keadaan  seperti ini ia membawa pihak berkepentingan bersama-sama dan kita  mendapat input daripada mereka tentang kekhuatiran mereka.

"Kita  sedang dalam proses mendengar input daripada semua pihak  berkepentingan dan  selepas  itu  kita akan duduk dan merumuskan dasar. Setelah dasar sudah siap, saya akan membawanya ke kabinet, "katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada Perbicaraan Terbuka UNESCO mengenai Akses Kepada  Maklumat ' Tiada Sesiapa Yang Tertinggal Di Belakang' di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Terdahulu, Gobind juga melancarkan persidangan dan pameran tahunan ‘Next Big Tech Asia 2019 kali ketiga  di mana  pemimpin industri terbesar dari Forbes, UNESCO dan Air Asia berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka mengenai masa depan dan impak AI dan Big Data.

Apabila ditanya bilakah polisi akan diumumkan, Gobind berkata beliau tidak mahu meletakkan tempoh  masa kerana  tidak mahu tergesa-gesa dan menegaskan bahawa perkara yang paling penting adalah perbincangan mendalam bagaimana polisi itu dapat memberi manfaat kepada data dan AI.

"Seperti yang anda ketahui teknologi berkembang setiap hari dan menjadi lebih kompleks. Perbincangan  keseluruhan mengenai data dan AI ... mungkin pada pertengahan tahun depan ... saya tidak pasti, "tambahnya.

Sementara itu mengulas mengenai kemungkinan kemungkinan kenaikan caj Pos Malaysia Bhd, Gobind berkata beliau akan membuat pengumuman tidak lama lagi, sekurang-kurangnya menjelang sesi Parlimen akan datang.

Menjelang  sidang parlimen yang akan datang, kita melihat pada sesuatu tetapi untuk berlaku  adil kepada mereka, akan ada perbincangan dan mereka (Pos) seharusnya  berkongsi dengan saya laporan mengenai ini ... sebaik saya mendapat laporan, saya akan mengadakan sidang akhbar dan saya akan memberitahu anda semua apa arah tujunya , "kata beliau  sambil menambah bahawa perkara itu akan dilakukan menjelang akhir tahun ini.

Baru-baru ini terdapat spekulasi bahawa Pos Malaysia mungkin memperoleh kenaikan tarif pos. Harga setem domestik meningkat kepada 60 sen pada tahun 2010 dan tidak berubah sejak tahun lepas.

Mengenai penubuhan majlis media, Gobind berkata bahawa beliau sedang menyediakan kertas kerja mengenai  penubuhan majlis itu kepada Kabinet.

"Saya berharap dapat membentangkan kertas kerja itu  kepada kabinet tidak lama lagi dan setelah itu saya akan mengumumkannya. Ia sedang dalam proses dan saya berharap dapat siap ... minggu ini, minggu depan, tetapi  pasti menjelang akhir tahun ini, "kata Gobind.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel