Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kelantan cadang eksport tebu telur ke Singapura


Tarikh kemaskini: 12/09/2019




PASIR PUTEH, 12 Sept -- Kelantan bercadang akan mengeksport Tebu Telur ke Singapura dalam usaha membantu petani menambahkan pendapatan dan mengatasi  masalah tanah terbiar dalam tempoh terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Hijau dan Alam Sekitar Negeri, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, kawasan seluas  lebih 18 hektar  membabitkan  penyertan 40 petani telah dikenal pasti bagi tujuan itu, sebagai projek perintis.

“Setiap 0.45 hektar  mampu menghasilkan  pendapatan sehingga melebihi RM20,000 dalam tempoh lapan bulan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Usahawan Tebu Telur peringkat Parlimen Pasir Puteh, di Dewan Majlis Daerah di sini, hari ini.

Seramai 40 peserta menyertai kursus berkenaan yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif,  Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan (PKPNK), Engku Rajhan Engku Ismail.

Tuan Mohd Saripudin berkata kerajaan negeri menyumbangkan bantuan benih dan baja organik kepada peserta terbabit, sebagai skim galakan tanaman pertama.

Katanya, kesemua hasil yang dikeluarkan petani terbabit kelak, akan dibeli kesemuanya oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang akan memprosesnya di sebuah kilang di Pangkalan Chepa

“Bangunan kilang berkenaan milik PKINK yang terbiar sudah dikenal pasti untuk diubah suai bagi tujuan itu,” katanya.

Tuan Mohd Saripudin berkata, pada masa ini mereka akan memasarkan produk itu ke Singapura dan jika produk yang ada melebihi permintaan negara itu, maka mereka akan mencari pasaran baharu di negara-negara Arab.

Sementara itu, Engku Rajhan berkata, rasa air tebu berkenaan yang tidak terlalu manis dan kurang berisiko terhadap kesihatan terutama mereka yang mengidap kencing manis berbanding tebu biasa berpotensi untuk dipasarkan.

Beliau berkata, tebu berkenaan mudah di tanam di mana-mana sahaja, termasuk di tanah bendang padi  yang ditinggal terbiar.

-- BERNAMA    


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel