Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perpaduan kunci keamanan rakyat


Tarikh kemaskini: 12/09/2019




TUMPAT, 12 Sept -- Rakyat negeri ini disaran agar mengekalkan perpaduan sedia ada demi memastikan keamanan terus dinikmati.

Pengarah Jabatan Penerangan Kelantan, Lim Ann Teck berkata Kelantan mempunyai kekuatan tersendiri melalui perkongsian loghat percakapan negeri yang sama selain budaya yang hampir sama.

"Loghat negeri yang digunakan semua kaum di Kelantan menjadi medium penyatuan sekaligus mengukuhkan perpaduan sedia ada. Kita harap ia akan terus dikekalkan dalam mendepani pelbagai cabaran semasa.

"Cabaran itu termasuk pengaruh media sosial  yang dilihat antara ancaman kepada perpaduan negara ketika ini," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Program Merdeka @ Komuniti di Wat Pracacinaram di sini, hari ini.

Program tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada penduduk tempatan berhubung isu kenegaraan, menghargai erti kemerdekaan selain memberi taklimat mengenai inisiatif kerajaan kepada rakyat.

Lim berkata program turun padang itu diadakan secara berkala di seluruh Kelantan dengan memfokuskan semua lapisan masyarakat termasuk Siam, Cina dan India.

"Kita mahu kesepakatan yang ada terus diperkukuhkan dan Kelantan kekal aman menerusi tolak ansur semua kaum," katanya.

Dalam pada itu, katanya semangat patriotisme rakyat negeri ini masih perlu dipertingkatkan dan kempen kemerdekaan perlu digerakkan lebih awal.

Beliau berkata semangat patriotisme perlu sentiasa subur dalam diri setiap warga negara dan bukanlah hanya disemarakkan menjelang bulan kemerdekaan sahaja.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel