tOjIbLM5eo0 Polis Kota Kinabalu tumpaskan 'Geng Afiq' terlibat kes curi motosikal
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Kota Kinabalu tumpaskan 'Geng Afiq' terlibat kes curi motosikal


Tarikh kemaskini: 12/09/2019





KOTA KINABALU, 12 Sept -- Polis di sini menumpaskan 'Geng Afiq' yang disyaki terlibat kes curi motosikal dengan tertangkapnya lapan lelaki termasuk ketua kumpulan, seorang remaja berusia 17 tahun.

Turut dirampas adalah 13 motosikal dengan 10 daripada motosikal itu jenis Honda EX5 dan beberapa bahagian motosikal.  

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt George Rakhman berkata tiga lagi yang ditahan adalah remaja bawah umur dengan dua orang berusia 15 tahun dan seorang lagi 16 tahun dengan kesemua mereka adalah rakyat tempatan.

Empat lagi yang ditahan adalah warganegara asing tiada dokumen pengenalan diri, katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya Polis Kota Kinabalu menubuhkan satu pasukan khas selepas menerima laporan kes kehilangan sebuah motosikal di kawasan Wisma Sabah di ibu negeri oleh seorang pengusaha sewa motosikal pada 15 Julai lepas.

Katanya siri tangkapan pertama membabitkan perancang utama iaitu remaja lelaki berusia 17 tahun itu bersama pembantunya berusia 16 tahun pada 5 Sept lepas di daerah ini.

Menurutnya hasil soal siasat, polis membuat tangkapan kedua sehari selepas itu melibatkan empat lelaki di daerah ini, Penampang dan papar.

Pada hari berikutnya, polis menangkap dua lagi lelaki di daerah ini menjadikan keseluruhan yang ditangkap lapan orang, katanya.

Beliau berkata enam orang yang ditahan itu memainkan peranan untuk melupuskan bahagian badan motosikal sebelum dijual kepada mereka yang berminat.

George berkata 10 motosikal yang dirampas itu dilaporkan hilang di daerah ini dan tiga lagi di Kota Kinabalu dengan nilai rampasan berjumlah RM40,000 termasuk bahagian badan motosikal.

Katanya geng ini bergiat aktif sejak awal tahun ini dan menyasarkan motosikal jenis Honda EX5.

Beliau berkata kesemua mereka masih ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.      

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel