Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Perak lakukan siasatan dalaman berhubung anggota direman SPRM


Tarikh kemaskini: 12/09/2019





IPOH, 12 Sept -- Polis Perak akan melakukan siasatan dalaman berhubung kes rasuah melibatkan seorang Lans Koperal yang ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain@Abd Rasid berkata siasatan itu akan dilakukan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Perak.

"Kes ini masih dalam reman SPRM dan saya akan tunggu sampai siasatan pihak SPRM habis, di pihak polis pula, kita akan lakukan siasatan dalaman yang akan diambil oleh JIPS Perak.

"Saya tidak mahu komen lebih, saya percaya tangkapan-tangkapan oleh pihak SPRM ini mesti ada keterangan yang munasabah baru ia dilakukan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis dan Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) negeri di Mess Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak di sini hari ini.

Semalam, seorang hakim Mahkamah Rendah Syariah Ipoh dan seorang Lans Koperal polis direman selama lima hari bagi membantu siasatan melepaskan seorang pegawai polis daripada kes khalwat.

Siasatan ke atas kedua-dua individu berkenaan masing-masing berumur 37 dan 30 tahun dibuat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, P/SAC S. Suresh Kumar akan menggantikan SAC Mohamad Laham sebagai Ketua JPJKK negeri yang akan bersara pada 14 Sept setelah berkhidmat selama 37 tahun dalam PDRM.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel