Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PGA tahan lima individu, rampas dadah di Kalabakan


Tarikh kemaskini: 12/09/2019





TAWAU, 11 Sept  -- Batalion Ke-14 Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini, menahan lima pendatang asing serta merampas 25 peket plastik berisi dadah disyaki syabu, dalam serbuan di sebuah rumah di Batu 2, Kalabakan dekat sini, awal pagi tadi.

Pegawai Pemerintahnya, Supt Mustapha Othman berkata kesemua mereka yang  ditahan pada 1 pagi itu terdiri daripada empat lelaki serta seorang wanita berumur antara 40 hingga 48 tahun,  adalah pendatang asing warga Indonesia.

"Semasa serbuan dilakukan, ketua operasi telah memperkenalkan diri sebagai pegawai polis kepada seorang lelaki yang berada di beranda rumah serta tiga lelaki dan seorang wanita di dalam rumah.

Kesemua suspek yang tidak memiliki dokumen perjalanan diri cuba melarikan diri dan berlaku pergelutan dengan anggota PGA, pemeriksaan badan ke atas semua suspek tidak ditemukan dengan barang salah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Bagaimana pun, menurut Mustapha, pemeriksaan lanjut di dalam rumah menemukan 25 peket lutsinar pelbagai saiz berisi bahan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 14.5 gram diletak di atas meja kecil di dalam sebuah bilik rumah berkenaan. 

"Turut dirampas dalam serbuan itu wang tunai RM2,150 dipercayai hasil wang menjual syabu," katanya lagi.

Mustapha berkata kesemua pendatang asing itu dan rampasan bernilai RM4,150 itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau untuk tindakan lanjut.

--BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Henry Golding tersenarai dalam Time 100 Next

 
     

Produk plastik satu daripada industri paling rancak di Malaysia - Dr Ong

 
     

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel