Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis ambil keterangan tiga individu bantu siasatan kematian bayi tiga bulan


Tarikh kemaskini: 11/09/2019





KEMAMAN, 11 Ogos -- Tiga individu termasuk ibu kepada seorang bayi berusia tiga bulan yang maut pagi tadi telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Hanyan Ramlan berkata bapa bayi itu dan petugas Klinik Kesihatan Bandar Cheneh Baru, di sini juga tampil memberi keterangan.

"Buat masa sekarang siasatan menjurus kepada keluarga terdekat kerana pemeriksaan awal pasukan perubatan mendapati terdapat unsur penderaan iaitu beberapa kesan lebam pada bahagian badan bayi itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kemaman, malam ini.

Tambahnya, pihak polis tidak menolak kemungkinan ibu bayi itu mengalami kemurungan. 

Mayat bayi itu tiba di Hospital Kemaman pada kira-kira pukul 7.30 petang tadi untuk bedah siasat dan sehingga 10.30 malam ini, prosesnya masih belum selesai.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi tadi, bayi itu dibawa ke Klinik Kesihatan Cheneh oleh bapanya dalam keadaan lemah dan akhirnya meninggal dunia ketika diberi bantuan kecemasan.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Henry Golding tersenarai dalam Time 100 Next

 
     

Produk plastik satu daripada industri paling rancak di Malaysia - Dr Ong

 
     

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel